LIPIS: 03 JUN 2016, Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Lipis telah membuat majlis Pelancaran Program Ihya' Ramadhan Peringkat Daerah Lipis yang telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Lipis.

TAKLIMAT BLOG AJK PENERBITAN
LIPIS: 03 Jun 2016 , Jawatankuasa PEKDIS Biro Penerbitan dan Penyelidikan telah melaksanakan taklimat pengoperasian blog rasmi PEKDIS Cawa...
Latest Articles
Thursday, June 2, 2016
LIPIS: 03 Jun 2016, Jawatankuasa PEKDIS Biro Penerbitan dan Penyelidikan telah melaksanakan taklimat pengoperasian blog rasmi PEKDIS Cawangan Pahang bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Lipis.
Dalam taklimat ini, penerangan berkaitan pengoperasian blog rasmi PEKDIS Cawangan Pahang telah disampaikan oleh Us Hamzah bin Mat Jusoh, Penyelia Kanan Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highlands. Beberapa aspek yang ditekankan ialah penulisan blog, penggunaan blog kepada semua ahli AJK untuk menguruskan blog rasmi.
Dengan pelaksanaan taklimat ini diharapkan semua ahli jawatankuasa dapat menjadi admin blog rasmi PEKDIS Cawangan Pahang dan didokumentasikan supaya blog ini dapat diuruskan dengan sempurna.

Tuesday, May 31, 2016
Kuantan- Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Pahang telah mengadakan Kursus Kepimpinan Guru-guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Kursus ini melibatkan guru-guru yang akan dicalonkan sebagai guru kanan di sekolah masing-masing.
Dalam kursus ini, pendedahan berkaitan dengan pengurusan, kepimpinan dan sebagainya yang berkait dengan pengurusan sekolah.
Monday, May 30, 2016
Sunday, May 29, 2016
Tuesday, May 24, 2016
PEKAN.Mesyuarat Agung PEKDIS Cawangan Pahang telah diadakan pada 23 April 2016 bertempat di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan.
Dalam mesyuarat ini semua perwakilan dari seluruh daerah telah hadir dan surat jemputan ke Mesyuarat Agung telah diedarkan pada semua daerah sebulan sebelum mesyuarat bermula.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tn Hj Yazit bin Kechik. Beberapa persetujuan telah dicapai dalam mesyuarat kali ini terutamanya berkaitan dengan mengutip sumbangan Infak Fi Sabilillah dan beberapa usul yang dikemukan oleh ahli telah dipersetujui dalam mesyuarat ini.
Perasmian mesyuarat Agung kali ini di rasmikan oleh Tuan Hj Mohd Dzulkifri bin Hj Nordin Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.
Mesyuarat kali ini berlangsung dalam keadaan harmoni dan semua persoalan yang ditimbulkan oleh perwakilan dapat dirungkaikan dengan jelas oleh Barisan kepimpinan PEKDIS cawangan Pahang.