PEKAN.Mesyuarat Agung PEKDIS Cawangan Pahang telah diadakan pada 23 April 2016 bertempat di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan.
Dalam mesyuarat ini semua perwakilan dari seluruh daerah telah hadir dan surat jemputan ke Mesyuarat Agung telah diedarkan pada semua daerah sebulan sebelum mesyuarat bermula.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tn Hj Yazit bin Kechik. Beberapa persetujuan telah dicapai dalam mesyuarat kali ini terutamanya berkaitan dengan mengutip sumbangan Infak Fi Sabilillah dan beberapa usul yang dikemukan oleh ahli telah dipersetujui dalam mesyuarat ini.
Perasmian mesyuarat Agung kali ini di rasmikan oleh Tuan Hj Mohd Dzulkifri bin Hj Nordin Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.
Mesyuarat kali ini berlangsung dalam keadaan harmoni dan semua persoalan yang ditimbulkan oleh perwakilan dapat dirungkaikan dengan jelas oleh Barisan kepimpinan PEKDIS cawangan Pahang.
No comments:
Post a Comment