Thursday, May 19, 2016

MULTAQA PERINGKAT DAERAH CAMERON HIGHLANDS

Cameron Highlands: Pada 6 April 2016 Pejabat Pendidikan Daerah menjadi tuan rumah bagi mesyuarat AJK PEKDIS Cawangan Pahang dan Multaqa Peringkat Daerah Cameron Highlands. Dalam program Multaqa ini Ustaz Yahaya bin Tahir telah memberi penerangan kepada semua ahli PEKDIS  berkaitan dengan Infak Fi Sabilillah dan disusuli dengan penerangan dan amanat yang di sampaikan oleh Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang iaitu Tn Hj Yazit bin Kechik.
     Sasi sesi soal jawab juga diadakan bagi merungkai permasalahan yang berkaitan dengan Guru Pendidikan Islam di daerah ini.Komitmen yang di berikan oleh Guru Pendidikan Islam daerah Cameron Highlands amat memuaskan dan 95 peratus daripada ahli telah memberikan sumbangan kepada tabung Infak Fi Sabilillah.

No comments:

Post a Comment